Heyy hooo!!
Tak rasa nak update pasal makanan lagi.Sebabnya tengah menggodek godek fail gambo aku yang lama2. Makanya dengan ini aku nak citer pasal anak aku pulak. Boleh kan kan kannnn...
| Ahahaha!!Tomey kan..Pipi doyot cam mommy dia gak |
Jumaat, 7 Oktober 2011, 4:39 pagi
Ni hari, tarikh n masa keramat si munchkin tomey2 ni lahir ke dunia. Ekceli, genap seminggu sebelum due date betul aku which is pada 17/10/2011. Aku pun tak sedar masa 5hb tu bukaan dah 3cm. Tak rasa sakit apepun melainkan sakit2 pinggang biasa jelah. Pagi tu g checkup kat Hospital Ampang (sebab memang ada appointment pun dengan doktor) then tengahari tu tros kene masud wad. Gile cuak masa doktor tu selok nak tengok bukaan then cakap, "Dah 3cm ye puan. Terus masuk wad hari ni ye.." Waahhh!! Memang terkejut habis la time tu. Sakit pun tak terus kene tahan wad. Punah segala perancangan nak kuar cari barang baby dengan encik suami.
Aku duduk kat wad Kelas 2 sebabnye katil Kelas 3 dah full. Yang bestnye, bayaran time discharge untuk Kelas 3 (terperasan bile dah tengok bil). Ada 4 katil kat situ dalam bilik tu. Katil depan aku akak keje kt LHDN (lupe nama). Dari bulan 7 dia kene duduk dalam wad sebab uri kat bawah. Seblah katil aku plak akak keje CIMB (lupe gak nama). Pun sama ngan kes akak depan aku ni. Tapi tak lama la..Dari awal bulan 9 dia kene dok wad. Punye lama dok dalam tu sampai sume nurse2,doktor dan nama ubat2 pun derang ingat dah. Sembang pun dah macam kawan2 je.Kalau kita nak cakap ngan nurse or doktor kan ala takut2 n serious gitu kan....
Rabu dah kene tahan. Malam tu memang aku tak boleh nak tidur lena dah. Sebabnya aku dah start sakit2 pinggang. Tak tau macam mana nak describe, agak2 macam nak tercabut pinggang kot. Uhuhuhu!!! Pastu aku tak tau bile sakit tu hilang, sedar2 nurse kejutkan aku untuk cek. Khamis tengahati tu wat checkup untuk tengok bukaan plak. Bukaan dah 4cm. "Okay, dah boleh masuk Labour Room ye..." Terus berubah muka aku. Seram sejuk je rasa. Laju2 call encik suami & call ayah. Soh datang awal kot2 aku dah nak terbersalin plak time tu. Baju 'uniform' pun dah bertukar, dari pink ke kaler putih.Kalau terperasan ada mommy yang preggy dlm hospital tu pakai baju putih n bukan pink maksudnye derang dah nak masuk LR la tu.
Rupenye lama jugak nak masuk LR tu ye...Macam kes aku ni normal2 je.Makanya derang soh aku tunggu giliran untuk masuk sebab bilik semua penuh. Derang dahulukan kes2 emergency dulu then baru masukkan aku. Sampai ke malam aku tunggu. Seb bek eventho time melawat dah habis, suami boleh tinggal kalau untuk kes isteri dah kene masuk LR. Barang2 semua dah kemas dah,sebabnya lepas bersalin akan tukar ke wad lain plak. Kul 10 lebih tolak masuk LR. Time tu bukaan still 4cm. Takde rasa sakit2 lagi. Bile doktor pecahkan air ketuban, masa tu lah baru rasa sakit.Slow2 sakit tu datang. Tapi nurse siap pesan, kalau rasa sakit nak datang terus sedut gas yang ada kat tepi tu. Okay, terus sedut..Memang berjaya jugakla untuk kurangkan sakit tu. Sedut punya sedut sampai dah ter overdose kot. Huhuhuhuh!!!Lama jugakla aku duduk dalam bilik tu sebab nak tunggu bukaan 9cm ke 10cm. Dugaan betul.....
Tapi memang dugaan pun...Macam2 hal la jadi dalam bilik tu. Sampai suami aku kurang puas hati dengan tahap ke profesional nurse2 n doktor situ. Aku biasa2 je, dah nak jadi..Aku rasa derang okay je. Ala2 pompom girl je aku tengok. Berbalik pada gas yang aku sedut tu..Kalau nak tau, time meneran tu aku rasa macam berada di awang awangan je. Siap bleh pejam mata wat bodoh masa nak amik masa untuk teran tu. Jangan ikut aksi ni okay...Ahahahah!!!Time tu aku separuh sedar.Sakit tu memang rasa tapi ntah...Susah nak cakap.
Tak tau la brape kali aku teran tapi kurang dari 10x la...Akhirnya berjaya jugakla aku teran sampaila lahirnya Putra Fareez Ar-Ryyan ke dunia..Tak mau cerita yang selebihnya sebab nanti aku nangis. Skang ni aku dah jadi orang yang amat sensitif berbanding dulu yang agak hati kering. Rasa sangat bersyukur di atas kurniaan yang MAHA ESA dan kami berdua agak menjaganya sebaik mungkin. Moga menjadi anak yang soleh n taat pada ibubapa.
| Ryyan : I think I think embah looks like M Nasir la... |
| Tenungan menggoda gitu. Bleh jadi model neh. |
| Rambut memang sah2 ikut macam daddy dia. |
| Latest munchkin :) |
No comments:
Post a Comment